YBHG. DATUK HAJI MUHAMAD ZAMANI BIN MOHD ALI, KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA KE-7
control 1control 2control 3
YBHG. DATUK HAJI MUHAMAD ZAMANI BIN MOHD ALI, KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA KE-7

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali atas pelantikan sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM) yang Baharu berkuat kuasa pada 14 Ogos 2023.

Kehadiran beliau pada hari ini telah disambut oleh YBrs. Encik Riduan bin Rahmat, Setiausaha Bahagian (Pengurusan) bersama Pengurusan Kanan serta Kakitangan Parlimen Malaysia di lobi Utama, Blok Ahli Parlimen & Pentadbiran.

Seterusnya, YBhg. Datuk KPPM telah mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha-Setiausaha Bahagian di Bilik Mesyuarat Pejabat KPPM. Kemudian, YBhg. Datuk KPPM turut mengadakan kunjungan hormat kepada YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan YBhg. Datuk Nor Yahati Awang yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Intergriti Malaysia pada tarikh yang sama. Sebelum dilantik sebagai KPPM, YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Selamat datang dan selamat menjalankan amanah.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
15 Ogos 2023

Kemaskini terakhir pada: 4 September 2023 | Hits: 1487

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my