YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KETUAI DELEGASI MALAYSIA KE PERHIMPUNAN AGUNG ANTARA PARLIMEN ASEAN KE-44 DI INDONESIA
control 1control 2control 3

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KETUAI DELEGASI MALAYSIA KE PERHIMPUNAN AGUNG ANTARA PARLIMEN ASEAN KE-44 DI INDONESIA

 

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2023 -- YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN Ke-44 (AIPA) di Jakarta,Indonesia pada 4 sehingga 11 Ogos 2023.

 

Dalam lawatan rasmi itu, YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul akan diiringi oleh YB Dato’ Ramli bin Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I, YB Puan Alice Lau Kiong Yeng, Timbalan Yang di-Pertua DewanRakyat II, YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang, YB Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar, YB Dato’ Sri Doris Sophia Anak Brodi, Ahli Parlimen Sri Aman, YB Datuk Willie Anak Mongin, Ahli Parlimen Puncak Borneo, YB Puan Isnairaissah Munirah Majilis, Ahli Parlimen Kota Belud, YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Bandar Kuching, YB Yusuf bin Abd Wahab, Ahli Parlimen Tanjong Manis, YB Yuneswaran Ramaraj, Ahli Parlimen Segamat, YB Ahmad Fadhli bin Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas dan YB Riduan bin Rubin, Ahli Parlimen Tenom.

 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN Ke-44 (AIPA) dan akan menyampaikan kenyataan Malaysia yang memfokuskan kepada tema"Responsive Parliaments for a Stable and Prosperous ASEAN” mengenai kepentingan sistem Parlimen yang baik dalam mendepani cabaran agar membangun menjadi rantau yang aman, stabil dan demokratik.

 

Malaysia juga bakal menaja dua resolusi berkenaan ancaman keganasan, ekstrimisme dan radikalisasi serta peranan parlimen dalam menangani hubungan keselamatan air, tenaga dan makanan (WEF) di ASEAN.

 

Kemuncak lawatan rasmi berkenaan adalah pertemuan YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul dengan rakan sejawatannya iaitu Puan Yang Terutama Maharani Nakshatra Kusyala Devi Ketua Dewan PerwakilanRakyat Republik Indonesia yang bakal diadakan pada 7 Ogos 2023. Kedua-dua pihak akan membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama yang mencakupi hubungan dua hala dan kerjasama antara Parlimen ASEAN.

 

AIPA yang mula ditubuhkan pada 1977 sebagai Pertubuhan Antara Parlimen (AIPO) bertujuan menggalakkan persefahaman, kerjasama dan hubungan rapat antara ahli parlimen serta sebagai permerhati ahli Parlimen dan pertubuhan Parlimen yang lain. AIPA juga merupakan gabungan utama Parlimen negara-negara Asia Tenggara dalam membangun hala tuju ASEAN.

 

Sumber Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat


Kemaskini terakhir pada: 9 Ogos 2023 | Hits: 1574

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my