UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA 22 DISEMBER 2021 (RABU)
control 1control 2control 3

 

PARLIMEN MALAYSIA: 22 DISEMBER 2021 (RABU) — Tiga orang ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan YB. Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.

Antara ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah YB Senator Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh, beliau pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Puan Noraini binti Idris, beliau kini merupakan Setiusaha Politik di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah sejak tahun 2020 dan  terakhir YB Senator Datuk Seri Hajjah Zurainah binti Musa, beliau pernah menerima Anugerah Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) pada tahun 2021.

Selain itu, dua orang ahli ini merupakan lantikan baharu dan seorang lagi adalah lantikan semula yang dipilih oleh DUN Terengganu. -- BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar  
https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1439&time=2


Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 356

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 21/01/2022.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2022 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my