Siaran Media Perbincangan Dengan Duta Mesir Ke Malaysia Mengenai Isu Lintasan Rafah-Gaza
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

PERBINCANGAN DENGAN DUTA MESIR KE MALAYSIA MENGENAI ISU LINTASAN RAFAH-GAZA

 

Saya ingin menzahirkan rasa dukacita dan sedih saya mengenai pemergian tragis tiga anak lelaki dan empat cucu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara di Gaza. Saya berdoa agar keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi ujian yang amat berat ini.

 

Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang diterbitkan baru-baru ini berkenaan perbincangan antarasaya dengan Duta Besar Mesir ke Malaysia berhubung lintasan Rafah-Gaza. Sebagai makluman, tiada sebarang perbincangan atau libat urus yang telah dilakukan mengenai perkara itu.

 

Dalam kenyataan saya pada hari ini, bertarikh 11 April 2024, kenyataan saya itu telah dilakukan untuk memberi maksud bahawa sementara sempadan Mesir masih dibuka untuk menerima bantuan, bahagian lain sempadan tersebut masih perlu dilonggarkan.

 

Saya berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan sebarang kekeliruan mengenai perkara ini.

 

YB TAN SRI DATO’ (DR.) JOHARI BIN ABDUL YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT

11 APRIL 2024
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Pn. Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir

Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11 Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462


Kemaskini terakhir pada: 15 April 2024 | Hits: 212

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my