Siaran Media Pemerkasaan Parlimen: UNDP Dan Malaysia Teruskan Kerjasama Pemantapan Institusi Legislatif, Pembangunan Bakat Dan Belia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

PEMERKASAAN PARLIMEN: UNDP DAN MALAYSIA TERUSKAN KERJASAMA PEMANTAPAN INSTITUSI LEGISLATIF, PEMBANGUNAN BAKAT DAN BELIA

 

Kuala Lumpur, 15 April 2024-- Parlimen Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) telah bersetuju utnuk memperbaharui kerjasama yang merangkumi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan Rakyat, pengukuhan institusi legislatif, pembinaan kapasiti dan pembangunan belia sehingga 2025. Pembahuran kerjasama ini telah diperkukuhkan berdasarkan kejayaan usahasama antara UNDP dan Parlimen Malaysia dari 2019 hingga 2023.
 

Pembaharuan kerjasama tersebut telah dibincangkan oleh Tuan Haoliang Xu, Pentadbir Bersekutu UNDP, yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di- Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul di Parlimen, semasa lawatan beliau ke Malaysia hari ini.

Semasa kunjungan hormat itu, YB Tan Sri Dato' Johari dan Tuan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang, khususnya mengenai pengukuhan sistem tadbir urus dan pemerkasaan Parlimen serta isu alam sekitar, perubahan iklim, dan kemiskinan.

Tuan Xu pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung Rendah PBB dan Pentadbir Bersekutu UNDP oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Jun 2023. Sebelum ini, beliau memegang pelbagai jawatan peringkat tinggi dalam sistem PBB, termasuk Penolong Setiausaha Agung PBB, UNDP Penolong Pentadbir dan Pengarah Biro Sokongan Dasar dan Program, dan Penolong Pentadbir UNDP dan Pengarah Serantau untuk Asia dan Pasifik dari September 2013 hingga Julai 2019.

 

UNDP merupakan sebuah badan yang menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan antarabangsa, serantau dan nasional dalam usahanya untuk mendukung pembangunan Malaysia. Dalam perkembangan yang berkaitan, Tuan Xu akan bertemu YB Tuan Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar dan YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian bermula 15 hingga 18 April 2024.
 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir

Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11 Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462

 


Kemaskini terakhir pada: 22 April 2024 | Hits: 199

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.155 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my