Siaran Media Kunjungan Hormat Kepada Yang Di-Pertua Dewan Negara Dan Dewan Rakyat Oleh Delegasi Perancis
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA
OLEH
PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT OLEH DELEGASI PERANCIS

 

PARLIMEN MALAYSIA, 9 Mei 2022 (Isnin) – YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima kunjungan hormat daripada YB Mathieu Darnaud, Ketua Kumpulan Persahabatan Antara Parlimen Perancis – Asia Tenggara, T.Y.T Roland Galharague, Duta Perancis ke Malaysia bersama-sama dengan lima [5] orang Senator Perancis di Bangunan Parlimen hari ini.

 

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dua [2] orang Ahli Dewan Negara -- YB Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong dan YB Senator Datuk Bobbey Ahfang Suan, -- YBrs. Tuan Mohd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara dan YBrs. Dr Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.
 

Matlamat utama kunjungan hormat ini dilakukan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala yang telah sedia wujud di antara Parlimen Perancis dan Parlimen Malaysia.

Selain itu, beberapa perkara lain turut dibincangkan. Antaranya adalah berkenaan dengan:

  1. Hasrat mewujudkan satu proses dialog dalam mempelajari sistem perundangan dan pembahagian kuasa di Malaysia (antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri);
  2. Peranan Parlimen sebagai tonggak demokrasi dan suara rakyat;
  3. Penglibatan generasi muda dalam politik dan pentadbiran negara;
  4. Pembentukan persefahaman (budaya dan agama) antara negara-negara Barat dan Timur;

Perbincangan juga menyentuh tentang:

  1. Perbincangan turut menyentuh tentang tindakan sekatan/ halangan-halangan perdagangan yang dikenakan  Perancis dan Kesatuan Eropah ke atas pasaran minyak sawit dan kepentingannya sebagai sumber kewangan negara secara menyeluruh.
  2. Hasrat untuk membentuk satu Jawatankuasa Bersama berkenaan Demokrasi dan Hak Asasi Manusia bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pengalaman demokrasi.

Persefahaman turut terbentuk untuk menghantar dan menerima pegawai-pegawai Parlimen dari kedua-dua belah pihak untuk mempelajari sistem pentadbiran dan perundangan parlimen masing-masing.

Terakhirnya, Parlimen Malaysia menzahirkan penghargaan kepada Perancis sebagai sebuah negara pertama yang menerima pantun melayu dalam kesusasteraan negara mereka, seperti yang di popularkan oleh saterawan Victor Hugo.

Pihak Delegasi Perancis menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian menerima lawatan kerja ini.

              

 

 

Disediakan oleh:

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI

PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 11 Mei 2022 | Hits: 788

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/01/2023.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2023 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my