SESI PENGGULUNGAN PERSIDANGAN PARLIMEN BELIA MALAYSIA SIDANG 1 TAHUN 2023
control 1control 2control 3
Sesi Penggulungan Persidangan Parlimen Belia Malaysia Sidang 1 Tahun 2023

Sesi Penggulungan Persidangan Parlimen Belia Malaysia semalam telah dihadiri oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula 16 Ogos 2023 (Rabu) telah dipengerusikan oleh YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan telah membahaskan serta meluluskan 4 usul iaitu:

1️⃣  supaya Kerajaan meminda Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 bagi persediaan menghadapi krisis kesihatan penyakit berjangkit dan virus;

2️⃣   supaya Akta Kerja 1955 dipinda atau akta baharu diwujudkan dengan mengambil kira sektor ekonomi gig, pekerja berstatus kontrak dan pelajar internship;

3️⃣  supaya Kerajaan membentangkan Kertas Putih Pendidikan bagi penyelesaian kepada isu pendidikan dan pekerjaan; dan

4️⃣  supaya Kerajaan melaksanakan dasar pemisahan kuasa untuk mengekalkan integriti institusi–institusi.

Sesi penyerahan watikah pelantikan kepada Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi sesi 2023/2024 telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Hadir bersama dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Julie

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
18 Ogos 2023

Kemaskini terakhir pada: 8 September 2023 | Hits: 1012

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/05/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my