SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT PARLIMEN MALAYSIA 2022
control 1control 2control 3
 

19 Ogos 2022 (Jumaat) -- Parlimen Malaysia telah menganjurkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Parlimen Malaysia 2022. Sambutan ini diadakan bersama dengan Majlis Perasmian Hari Parlimen Malaysia yang julung-julung kali diadakan.

Majlis ini juga telah dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Dato' Sri Utama Rais Yatim. Turut hadir bersama ialah beberapa ahli Parlimen daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dalam ucapan perasmian beliau, beliau telah menitipkan pesanan buat hadirin, berkaitan cakna dan impian beliau kepada rakyat Malaysia untuk lebih menghargai dan memaknai Rukun Negara sebagai panduan bersama. Menurut beliau, hari ini Rukun Negara sekadar cuma satu semangat tanpa penguatkuasaan.

Seharusnya, Rukun Negara ini dimasukkan sebagai satu 'preamble' (permulaan) dalam Perlembagaan Persekutuan, seterusnya mampu menjadi satu bentuk undang-undang dan individu yang ingkar dengan Rukun Negara akan dihukum.

Tambah beliau, hari ini kegagalan segelintir masyarakat menghayati Rukun Negara kelima iaitu 'kesopanan dan kesusilaan' adalah perkara yang sangat membimbangkan.

Majlis turut diserikan dengan pameran karya pemenang Pertandingan Fotografi dan Videografi Bertemakan Keluhuran Perlembagaan Dan Kedaulatan Undang-Undang, sempena Hari Terbuka Parlimen. YB Senator Tan Sri Dato' Sri Utama Rais Yatim juga turut sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang buat tiga lagi pertandingan lain yang diadakan iaitu Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Berbalas Pantun dan Pertandingan Pakaian Terbaik Mengikut Tema Kebangsaan.

Seterusnya, hadirin disajikan dengan persembahan sajak bertemakan kemerdekaan daripada pemenang dan juga penyajak jemputan, Zaen Kasturi.

Pelaksanaan Hari Terbuka Parlimen ini telah menjadi salah satu bukti usaha bagi agenda transformasi Parlimen, dan menjadi mesej bahawa Malaysia sedang menuju ke arah impian tersebut.


Sila klik pada link tersebut untuk liputan penuh gambar: https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1541&time=4


Kemaskini terakhir pada: 19 Ogos 2022 | Hits: 2554

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my