PROGRAM OUTREACH SEMPENA LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT BERSAMA PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN MARA, SUNGAI PETANI, KEDAH
control 1control 2control 3

YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat menyeru lebih ramai anak muda untuk menyertai kursus-kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang bergerak seiring dengan aspirasi negara membentuk ekonomi yang berdaya saing dan mampan.

 

Hasrat ini beliau telah suarakan bersama lebih 600 orang penuntut dan tenaga pengajar tempatan Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani, Kedah dalam program “Memupuk Kepimpinan Masa Hadapan: Sesi Perkongsian Bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat”.

 

Program yang dianjurkan bersama antara Parlimen Malaysia dan IKM Sungai Petani turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBrs. Tuan Haji Mohamad Johari bin Man @ Osman, Pengarah IKM Sungai Petani.

 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat ingin melihat generasi kepimpinan muda masa hadapan diperkasakan dengan jurusan TVET berserta kemahiran digital. Oleh itu, dengan generasi kepimpinan muda yang dilengkapkan dengan kemahiran seperti pemograman, analitik data, kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT), dan kecekapan penggunaan teknologi digital mereka dapat meningkatkan produktiviti dan inovasi. Ini juga meningkatkan kebolehpasaran graduan untuk pelabur-pelabur luar negara yang berada di Malaysia.

 

Beliau juga telah menyentuh mengenai penglibatan Parlimen Malaysia dalam Akademi Kenegaraan. Dalam memperkasakan kurikulum Akademi Kenegaraan, Parlimen Malaysia akan memperkenalkan program Parlimen Belia yang dirombak untuk mendapatkan penglibatan perwakilan-perwakilan anak muda seawal 16 tahun  yang diberi pendedahan ilmu kenegaraan.

 

Ini termasuk pendidikan perlembagaan, peranan institusi Parlimen dan penggubalan undang-undang serta kemahiran kepimpinan.

 

Dengan tertubuhnya Akademi Kenegaraan, bukan sahaja pemimpin-pemimpin muda akan dilatih di Parlimen bahkan didedahkan dengan kursus-kursus TVET dengan kerjasama Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk membentuk pemimpin masyarakat yang bukan sahaja berdaya saing dalam kerjaya, juga mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi.

 

Parlimen Malaysia

10 Mac 2024


Kemaskini terakhir pada: 15 Mac 2024 | Hits: 1137

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.044 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my