PROGRAM MEJA BULAT: KESEJAHTERAAN SOSIOBUDAYA, MALAYSIA MADANI 2023 “MENYEMAI KESEJAHTERAAN MENYUBUR PERPADUAN”
control 1control 2control 3
Perasmian program Meja Bulat: Kesejahteraan Sosiobudaya, Malaysia Madani 2023 “Menyemai Kesejahteraan Menyubur Perpaduan” telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia hari ini.

Penganjuran bersama Parlimen Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertujuan membincangkan peranan dan gerak kerja seluruh institusi sosial dalam pembangunan negara.

Objektif utama program ialah untuk mengumpulkan idea dan maklumat mengenai sosibudaya Malaysia berdasarkan empat (4) kluster utama iaitu:

I. Kesejahteraan, Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi
II. Pendidikan, Nilai Budaya dan Pembangunan Insan
III. Keselamatan, Perpaduan Nasional dan Pengukuhan Institusi
IV. Perubahan Iklim dan Kelestarian Ekosistem Persekitaran

Hadir bersama dalam program ini ialah YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Ramli bin Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Rumusan Meja Bulat: Kesejahteraan Sosiobudaya, Malaysia Madani 2023 “Menyemai Kesejahteraan Menyubur Perpaduan” boleh saksikan di pautan 
https://youtube.com/live/X7m0AOF9pqM?feature=share

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Aiman | Arjunna Putra

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
29 Ogos 2023

Kemaskini terakhir pada: 8 September 2023 | Hits: 666

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my