21 APRIL 2022 (KHAMIS); PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT PERINGKAT PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3

Khamis, 21 April 2022 - Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Parlimen Malaysia yang diadakan di Auditorium Parlimen Malaysia telah dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat,  bersama- sama YBrs. Tuan Mohd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara dan YBrs. Tuan Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian Pengurusan, bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

YB Dato’ Rashid telah merasmikan program ini. Seterusnya, membaca buku selama 10 minit sebagai tanda simbolik kepada program ini. Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga Parlimen Malaysia.

Antara pengisian yang telah diadakan pada program ini adalah sesi bicara buku bersama En Mustafar Bin Mohd Suki, penulis dari Kumpulan Buku Karangkraf. Tajuk yang beliau telah sampaikan adalah berkisar panduan hal kewangan Islam yang sedang bergiat aktif di seluruh dunia.

Kemudian, program ini diteruskan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Madya Dr. Norhayati Hussin, Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Perdana. Beliau telah menyampai sesi ceramah yang bertajuk “Biblioterapi: Adakah Membaca Boleh Membuatkan Saya Bahagia”.

Bahagian Komunikasi,
Parlimen Malaysia

Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 1476

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my