PROGRAM BENGKEL PEMANTAPAN SIDANG DEWAN DAN PERATURAN MESYUARAT DAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3

 

PARLIMEN MALAYSIA: 3 Oktober (Rabu) --- Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia selama 3 hari yang bermula dari 1 hingga 3 November 2021. Delegasi ini diketuai oleh YB Datuk Haji Kadzim bin Haji M. Yahya, Yang di-Pertua DUN Sabah bersama-sama dua Timbalan Yang di-Pertua DUN Sabah iaitu YB Datuk Ahmad Abdul Rahman dan YB Datuk George Anthony Ginibun serta 9 orang pegawai DUN.

 

Program lawatan sambil belajar ini bermula dengan sesi taklimat Pemantapan Sidang Dewan dan Peraturan Mesyuarat oleh YBrs. Tuan Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara. Dalam taklimat tersebut, YBrs. Tuan Muhd Sujairi Abdullah memberikan penerangan yang lebih mendalam tentang pengurusan Sidang Dewan di Parlimen Malaysia. Pengetahuan serta pengalaman pihak pengurusan Setiausaha Dewan Negara sudah tentu dapat meningkatkan tahap pengurusan di DUN Sabah menerusi taklimat yang diberikan oleh beliau.

 

Seterusnya, Ketua Pentadbiran Parlimen Malaysia, Puan Nor Yahati binti Awang menerima kunjungan dari delegasi DUN Sabah pada hari kedua lawatan sambil belajar di Parlimen Malaysia. Delegasi DUN Sabah ini juga ingin mengenali serta memahami lebih jelas pendekatan pengurusan yang ditadbir oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Terdapat dua sesi taklimat yang disediakan oleh pihak pentadiran Parlimen iaitu sesi pertama oleh Ketua Jurutera Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan dan Landskap mengenai pelan persediaan buka parlimen lepas covid bersama ringkasan daripada SUB Keselamatan mengenai pelan keselamatan pembukaan parlimen. Sebagai penutup sesi kedua oleh SUB Penyelidik dan perpustakaan mengenai bahagian mereka.

 

Pada 3 November 2021, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Azhar Azizan Harun menerima kunjungan hormat dari YDP DUN Sabah. Kunjungan ini bagi memperkukuhkan hubungan antara dua negeri mengenai sidang dewan secara menyeluruh. Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga berkesempatan untuk membincangkan pelan-pelan serta pengalaman beliau menguruskan sidang dewan rakyat di Parlimen Malaysia. ---BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA

Sila tekan link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1402&time=2


Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2094

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 18/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.037 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my