PROGRAM APRESIASI PTD WANITA SEMPENA TAHUN MEMPERKASAKAN WANITA 2018
control 1control 2control 3
 

Ucapan alu-aluan dari YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia bertempat di Dewan Bankuet,    Blok Utama, Parlimen Malaysia.


PARLIMEN MALAYSIA - Telah berlangsung Majlis Apresiasi PTD Wanita sempena Tahun Memperkasakan Wanita 2018. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia.
 

 Turut menyerikan majlis YBhg. Datuk Dj. Dave yang merupakan Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia dengan mempersembahkan 3 buah lagu. Antara yang menghadiri majlis adalah PTD dari kementerian-kementerian. Majlis juga diselitkan dengan aktiviti menarik antaranya Executive Talk oleh tokoh wanita dalam Perkhidmatan Awam “Wanita Gemilang. Tahun Memperkasakan Wanita 2018” dan acara kraftangan yang dikenali sebagai DCOUPAGE dikongsikan oleh tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Hulu Langat. Majlis telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.
 

 

Executive Talk oleh tokoh wanita dalam Perkhidmatan Awam “Wanita Gemilang. Tahun Memperkasakan Wanita 2018” daripada YBhg Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Sharing session “DCOUPAGE” Puan Salmiah binti Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Hulu Langat.



YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia dan YBhg. Datuk Dj. Dave, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia merakam gambar kenang-kenangan bersama PTD kementerian-kementerian yang terlibat.


 


Kemaskini terakhir pada: 27 April 2018 | Hits: 10004

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my