PINDAAN PERLEMBAGAAN SUMBANGAN BESAR WAN JUNAIDI KEPADA SARAWAK – ABANG JOHARI
control 1control 2control 3
KUCHING, 9 Ogos (Bernama) – Kejayaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan sebahagian hak Sarawak yang terhakis ketika memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merupakan antara sumbangan paling signifikan Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Wan Junaidi, kini Yang Dipertua Dewan Negara, berjaya mendapatkan kelulusan Parlimen untuk meminda Perkara 160 Perlembagaan bagi memasukkan Perjanjian Malaysia (MA63), Laporan Cobbold dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Apabila Wan Junaidi memasukkannya (MA63, laporan Cobbold dan IGC) dan pindaan Perlembagaan itu diterima lebih daripada dua pertiga Ahli Parlimen untuk menjadi undang-undang, jadi hak-hak Sarawak dilindungi oleh Perlembagaan,” katanya.

Berucap pada Majlis Interaksi dan Kesyukuran atas Pemasyhuran Wan Junaidi sebagai Yang Dipertua Dewan Negara di sini malam tadi, beliau berkata pindaan tersebut menjelaskan lagi kedudukan Sarawak dalam Malaysia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Ia turut melibatkan pelaksanaan dasar pendidikan, keahlian dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri dan peruntukan kewangan khas tahunan untuk Sabah dan Sarawak.

Abang Johari berkata pelantikan Wan Junaidi untuk menerajui Dewan Negara pada 19 Jun lepas adalah atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan seseorang yang berkecuali untuk jawatan itu.

“Sebenarnya kami membantu Datuk Seri Anwar (kerana) kita dalam Sarawak berkehendakkan kestabilan. Kalau negara Malaysia ini aman, kerajaan yang stabil, tahap keyakinan tinggi, orang akan melabur ke Malaysia,” katanya.

Wan Junaidi yang berucap sebelum itu berkata pemilihan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara merupakan satu penghormatan yang diberikan kerajaan pusat kepada Sarawak.

Katanya setelah mengambil keputusan untuk bersara daripada politik dan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, beliau tidak terfikir langsung akan diminta menyandang jawatan itu.

“Saya tolong bantu sedikit (sebagai Yang Dipertua Dewan Negara) dengan harapan kestabilan kerajaan pusat akan mendapat pulangan ekonomi dan kebaikan kepada Sarawak,” tambahnya.

Sumber BERNAMA

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
9 Ogos 2023

Kemaskini terakhir pada: 9 Ogos 2023 | Hits: 1166

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 05/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my