PERTEMUAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA KEPADA PRESIDEN AUSTRALIAN NATIONAL IMAMS COUNCIL
control 1control 2control 3

PERTEMUAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA KEPADA PRESIDEN AUSTRALIAN NATIONAL IMAMS COUNCIL

YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara telah hadir ke pejabat United Muslims of Australia (UMA) di Padstow, NSW bagi mengadakan pertemuan dengan Sheikh Shadi Alsuleiman dalam rangka lawatan kerja Parlimen Malaysia ke Sydney, Australia pada 23 Oktober 2023 yang lalu.

Sheikh Shadi Alsuleiman, salah seorang tokoh serta pemimpin Islam tertinggi di Australia merupakan pengasas kepada UMA dan merupakan Presiden Australian National Imams Council (ANIC) selain mempunyai jalinan serta hubungan yang akrab dengan pemimpin dari Malaysia, termasuk YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Selain meninjau fasiliti serta kemudahan yang terdapat UMA, YB Senator Datuk Nur Jazlan juga telah dimaklumkan tentang hal ehwal komuniti masyarakat Islam di Australia.

Sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga telah menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap konflik serta krisis kemanusiaan yang sedang melanda Palestin.

Sumber Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara

Parlimen Malaysia

27 Oktober 2023


Kemaskini terakhir pada: 31 Oktober 2023 | Hits: 3389

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my