PERSIDANGAN ANTARABANGSA SEJARAH SARAWAK 2023
control 1control 2control 3
PERSIDANGAN ANTARABANGSA SEJARAH SARAWAK 2023

YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara telah menyampaikan pembentangan khas sempena Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak (PASS) 2023 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 - 14 September 2023 di Kuching, Sarawak.

Persidangan ini merupakan anjuran Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) sempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dan Hari Malaysia yang bakal diraikan pada 16 September ini dengan dua sub tema iaitu 'Menulis Semula Sejarah Sarawak' dan 'Menziarahi Pembentukan Malaysia'.

Selain itu, persidangan ini turut menghimpunkan sejumlah 250 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli akademik dari pelbagai bidang, pegawai-pegawai kerajaan, pelajar-pelajar institusi pendidikan, badan-badan bukan kerajaan dan juga orang perseorangan yang meminati sejarah dari tiga negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Arjunna Putra

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
13 September 2023

Kemaskini terakhir pada: 15 September 2023 | Hits: 1009

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 12/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my