8 FEBRUARI 2022 (SELASA); PENGURNIAAN DARJAH PANGLIMA MAHKOTA WILAYAH (P.M.W) KEPADA KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3

 

KUALA LUMPUR: 8 Februari 2022 (Selasa) --- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah mengurniakan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) kepada YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang membawa gelaran Datuk sempena Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan tahun 2022 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

YBrs. Encik Muhd Sujairi bin Abdullah , Setiausaha Dewan Negara, dan YBrs. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian Pengurusan Parlimen Malaysia turut menerima Darjah Kebesaran Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.). Seterusnya, YBrs. Puan Sharifah Rahamah binti Syed Muhammad, Ketua Penolong Setiausaha (Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Inovasi) juga dikurniakan Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W.).

Pengurniaan Darjah Kebesaran ini adalah tanda penghargaan Kerajaan atas jasa dan khidmat bakti mereka kepada Parlimen Malaysia dan negara amnya.

Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta seluruh warga Parlimen Malaysia merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah atas penganugerahan ini.

– BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA

 


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 2588

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my