Intipati Pembentangan Belanjawan 2023
control 1control 2control 3

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Berikut ialah intipati Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.

Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI' yang melibatkan peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Belanjawan 2023 menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.

Ini adalah belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Belanjawan 2023 pada asalnya dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lepas namun tidak sempat diluluskan setelah Parlimen dibubarkan.

* Kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barangan Mewah tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah.
* Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.
* Kerajaan menyediakan RM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.
* Enam projek tebatan banjir termasuk di Johor, Selangor dan Kelantan akan ditender semula dengan segera selewatnya Jun tahun ini.
* Persiapan mendepani ancaman bencana: RM150 juta kepada NADMA, RM50 juta untuk ATM, Bomba dan RELA, RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti, manfaatkan 2,000 persatuan penduduk.
* Peruntukan Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) kepada kerajaan negeri ditingkatkan kepada RM150 juta setahun.
* Sejumlah RM38 juta disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutannya.
* Bagi membanteras rasuah, kerajaan bercadang untuk meminda dan membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tahun ini.
* Sebanyak RM1.2 bilion diperuntukan bagi pembaikan 400 klinik daif dan 380 sekolah daif.
* Sebanyak RM2.7 bilion diperuntukan bagi menyelenggara dan menaik taraf jalan persekutuan.
* Sejumlah RM1.5 bilion disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.
* Sejumlah RM10 juta disediakan bagi geran pengoperasian untuk memperkukuh peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
* Akta Insolvensi 1967 akan dipinda supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa singkat.
* Kes muflis dengan hutang kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.
* Pasukan khas dibawah D11 akan ditubuhkan khusus untuk banteras aktiviti pornografi kanak-kanak.
* Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan wujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak untuk beri khidmat sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak.
* Akta Kredit Pengguna akan digubal manakala Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan ditubuhkan untuk kawal selia perniagaan kredit, dijangka dibentang tahun ini. 
* Had kelayakan untuk dapatkan bantuan guaman penuh Jabatan Bantuan Guaman dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000 bagi bantu rakyat susah dapat pembelaan adil.
* Bagi mengeratkan kerjasama industri, Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) diperkukuh dengan peruntukan RM50 juta yang manfaatkan lebih 8,000 pelatih.
* Insentif Penggajian PERKESO sebanyak RM600 sebulan bagi tempoh selama tiga bulan bagi majikan yang menggajikan 17,000 graduan khususnya TVET.
* Insentif Penggajian PERKESO sehingga RM600 sebulan bagi tempoh selama tiga bulan kepada majikan yang menggajikan OKU, bekas banduan, gelandangan, penganggur tegar.
* Sebanyak RM50 juta geran sepadan disediakan untuk menggalakkan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan.
* Kerajaan menyediakan susbidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan kepada penjawat awam, had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000.
* Pembinaan 80 buah taska dan tadika KEMAS termasuk 13 projek baharu, diteruskan. 
* Sebanyak RM250 juta diperuntukan untuk mempromosi pelancongan.
* Membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang dengan kos RM480 juta. 
* Melaksanakan projek naiktaraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng Utara ke Senai Utara - Fasa 1, Johor daripada empat lorong kepada enam lorong, babit kos RM525 juta secara berperingkat.
* Sebanyak RM725 juta disediakan bagi laksana ketersambungan digital di 47 kawasan industri, hampir 3,700 sekolah.
* Kerajaan akan pastikan terdapat kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di setiap Dewan Undangan Negeri sebelum akhir tahun ini.
* Sebanyak RM30 juta disediakan untuk meningkatkan daya huni perumahan awam di Kuala Lumpur.
* Sejumlah RM50 juta diperuntukan kepada Melaka dan Pulau Pinang untuk terus kekal pelihara tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO.
* RM750 juta diperuntukan kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).  
* Sebanyak RM64 bilion diperuntukan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif bagi minimumkan kos sara hidup.
* Kerajaan sedia RM100 juta untuk jayakan program Jualan Rahmah di setiap kawasan Parlimen.
* Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima Sumbangan Tunai Rahmah sehingga RM2,500 bergantung bilangan anak.
* Menawarkan kredit e.-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan berjumlah Rm400 juta.
* RM1.6 bilion diperuntukan untuk pelbagai subsidi dan insentif kepada pesawah padi meliputi harga padi, baja padi, dan padi huma.
* Sumbangan tunai RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada pesawah padi, manfaat 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.
* Kerajaan setuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan, manfaatkan 320,000 pekebun kecil.
* Kadar cukai pendapatan individu M40 yang berpendapatan tahunan bawah RM100,000 dikurangkan sebanyak dua peratus tahun ini, memanfaatkan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai.  
* Kadar cukai pendapatan inividu yang berpendapatan tahunan tinggi lebih RM100,000-RM1 juta dinaikkan 0.5 hingga dua peratus.
* RM30 juta disediakan untuk bekerjasama dengan beberapa kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek agromakanan.
* RM50 juta disediakan bagi penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan Islam seluruh negara.
* Sabah, Sarawak terima manfaat besar daripada peruntukan pembangunan masing-masing sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.
* Lebih RM2.5 bilion disediakan bagi laksana projek melibatkan prasarana awam di Sabah dan Sarawak.
* Sejumlah RM30 juta diperuntukan untuk memperbanyakkan kemudahan klinik, bank dan mahkamah bergerak di Sabah dan Sarawak.
* Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan masing-masing terima peruntukan berjumlah RM18.5 bilion dan RM17.7 bilion.
* Kerajaan akan menambah 42 pos kawalan sempadan polis PGA, Imigresen, ESSCOM dan APMM bagi perketat kawasan sempadan negara.
* Lebih 7,000 unit rumah mampu milik dibawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kuala Lumpur bagi warga ATM akan dibina.
* Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukan berkaitan hal elwal Islam.
* Menaikkan elaun 35,000 guru KAFA kepada RM1,100, babit peruntukan lebih RM40 juta.
* Memberi sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir, memanfaatkan 70,000 orang.
* Sebanyak RM20 juta disediakan untuk program sukan, kebudayaan dan kesenian di sekolah dan komuniti.
* Kerajaan sediakan dana geran padanan RM50 juta bagi dorong penajaan sektor swasta untuk program sukan khususnya yang berteraskan perpaduan.
* Sebanyak RM324 juta diperuntukan bagi tambah baik program latihan, kemudahan sukan untuk semua atlet termasuk atlet para.
* RM102 juta diperuntukan untuk Dana Kandungan Digital untuk pergiat pemasaran produk seni tempatan.
* Sebanyak RM25 juta disediakan untuk menyemarak kegiatan kebudayaan dan kesenian peringkat komuniti.
* Kerajaan sumbang RM10 juta kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera cetakan 20,000 naskah terjemahan al-Quran dalam bahasa Sweden, bahasa asing utama dunia.  
* Meneruskan inisiatif pas bulanan My50 bagi perkhidmatan pengangkutan rel dan bas yang memanfaatkan hampir 180,000 pengguna.
* Sejumlah RM209 juta diperuntukan bagi subsidi pengangkutan udara bagi rakyat pedalaman Sabah dan Sarawak.
* Kementerian Pendidikan terima peruntukan sejumlah RM55.2 bilion, Kementerian Kesihatan diperuntukan RM36.3 bilion, Kementerian Pendidikan Tinggi terima RM15.3 bilion.
* Sejumlah RM900 juta diperuntuk untuk kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah.
* Sejumlah RM428 juta disediakan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (RnD) dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
* Kerajaan setuju beri diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.  
* Kerajaan setuju beri pengangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan dengan permohonan boleh dibuat mulai 1 Mac.
* Kerajaan peruntuk RM120 juta bagi Skim Perubatan MADANI untuk bantu golongan miskin dapatkan rawatan di klinik kesihatan dan pengamal perubatan am swasta.
* Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000.
* Sejumlah RM50 juta diperuntukan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk menyelenggara Projek Perumahan Rakyat (PPR). 
* Pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga RM3,000.
* Jumlah had pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB 2 ditingkatkan kepada RM300,000, saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) dinaikkan kepada RM5 bilion.
* Kerajaan setuju tambah RM500 caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun 1 bagi ahli berumur 40 hingga 54 tahun yang miliki simpanan kurang RM10,000.
* Kerajaan setuju beri elaun khas RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang terlibat dalam misi di Turkiye dan Syria.
* Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, RM350 kepada pesara.

Sumber https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2167669

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Hazirah

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
24 Februari 2023

Kemaskini terakhir pada: 28 Februari 2023 | Hits: 4581

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 12/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.038 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my