PARLIMEN MAHASISWA KEBANGSAAN 2023
control 1control 2control 3
PARLIMEN MAHASISWA KEBANGSAAN 2023

Parlimen Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menganjurkan sebuah program Parlimen Mahasiswa Kebangsaan 2023 selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Ogos 2023 di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Prof. Dr. Awang bin Sariyan telah mempengerusikan mesyuarat semasa sesi Penggulungan Parlimen Mahasiswa Kebangsaan yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dihadapan seramai 187 perwakilan mahasiswa.

Perbahasan pada kali ini telah mengusul dan membahaskan sebanyak empat usul iaitu mengenai ekonomi, kebajikan, pemerkasaan dan pembangunan mahasiswa serta pengantarabangsaan.

Penganjuran program ini adalah untuk membuka ruang dan peluang kepada mahasiswa IPT untuk menyuarakan dan membahaskan secara intelektual dan berhemah tentang isu-isu berbangkit berhubung mahasiswa.

Hadir bersama ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Hazirah

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
24 Ogos 2023

Kemaskini terakhir pada: 8 September 2023 | Hits: 1341

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my