PARLIAMENT LECTURE SERIES 3.0: REBUILDING THE NATION THROUGH REFORMS
control 1control 2control 3
Parlimen Malaysia telah menganjurkan Parliament Lecture Series 3.0: Rebuilding the Nation Through Reforms malam tadi. 

Program ini telah menampilkan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan YBhg. Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-9 untuk berkongsi
pandangan dan pengalaman berkenaan reformasi perundangan dan institusi.

Saya gembira meneruskan tradisi penganjuran program yang mulanya telah diasaskan oleh  Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff sendiri semasa beliau mengambil tanggungjawab sebagai Speaker Dewan Rakyat pada tahun 2019. Budaya positif di Parlimen seperti ini haruslah disuburkan. 

Terima kasih saya ucapkan kepada tetamu kehormat, perwakilan diplomatik, pihak NGO, ahli akademik, mahasiswa dan rakan media kerana telah hadir ke program ini.

Sudah tentu, terima kasih saya ucapkan kepada warga Parlimen yang senantiasa mendukung matlamat untuk memartabatkan Parlimen sebagai institusi yang membawa suara rakyat ke hadapan.

Hadir bersama dalam program ini ialah YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Sumber : Dato' Johari Abdul

youtube program : https://www.youtube.com/live/3w2v9DQB5Yc?feature=share

liputan media : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2217660

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Julie

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
18 Ogos 2023

Kemaskini terakhir pada: 8 September 2023 | Hits: 546

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my