Nota Kepada Pengarang Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Rakyat
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA MAJLIS PARLIMEN KEEMPAT BELAS 

NOTA KEPADA PENGARANG

 

1. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 18 Julai hingga 04 Ogos 2022 manakala Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Negara akan berlangsung mulai 08 Ogos hingga 16 Ogos 2022 bertempat di Kompleks Parlimen Malaysia.
 

2. Sehubungan dengan itu, pihak agensi-agensi media seperti senarai di bawah dijemput hadir untuk membuat liputan secara fizikal ke Kompleks Parlimen Malaysia:
 

PENYIAR RASMI

BIL

JABATAN/ AGENSI

KUMPULAN

BILANGAN PETUGAS

1

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM)

 

LIPUTAN SIARAN LANGSUNG, BERITA & SIDANG MEDIA

 

28

 

2

BERNAMA

 

WARTAWAN;

PASUKAN BERITA RASMI; JURUFOTOGRAFI;

JURUKAMERA VIDEO

 

14

 

3

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

(JaPen)

PETUGAS KAWALAN MEDIA;

SEKRETARIAT PUSAT MEDIA;

JURUFOTOGRAFI

 

8

4

FINAS

PENERBIT

JURUKAMERA VIDEO

JURUTEKNIKAL


4

 

MEDIA-MEDIA LAIN

BIL

AGENSI

KUMPULAN

BILANGAN PETUGAS

1

TV3

TV

4

2

ASTRO AWANI

2

3

ASTRO AEC

2

4

TV SARAWAK (TVS)

2

5

BIG BLUE

2

6

BERITA HARIAN

AKHBAR BAHASA MELAYU

2

7

SINAR HARIAN

2

8

UTUSAN MALAYSIA

2

9

THE STAR

AKHBAR BAHASA INGGERIS

2

10

THE SUN

2

11

NEW STRAITS TIMES (NST)

2

12

MALAY MAIL

2

13

THE EDGE MALAYSIA

2

14

CHINA PRESS

AKHBAR BAHASA CINA

2

15

SIN CHEW DAILY

2

16

NANYANG SIANG PAU

2

17

ORIENTAL DAILY

2

18

MALAYSIA NANBAN

AKHBAR BAHASA TAMIL

2

19

MAKKAL OSAI

2

20

AFP (AGENCE FRANCE-PRESSE)

MEDIA ANTARABANGSA (TV)

2

21

CHANNEL NEWS ASIA (CNA)

2

22

MALAYSIA KINI

ONLINE

1

23

MALAYSIA NOW

ONLINE

1

24

FREE MALAYSIA TODAY (FMT)

ONLINE

1

25

VANAKKAM MALAYSIA

ONLINE

1

26

PNBBC

ONLINE

1


4. Walau bagaimanapun, pihak Parlimen Malaysia akan menyediakan pautan aplikasi zoom kepada lain-lain agensi media agar dapat berpeluang untuk menyertai Sidang Media (Press Conference) secara maya (virtual).

5. Pihak agensi media perlu mengemukakan nama petugas kepada pihak Bahagian Komunikasi di pro@parlimen.gov.my selewat-lewatnya pada atau sebelum 17 Julai 2022 (Ahad).

6.     Kesemua petugas media dari agensi-agensi tersebut hendaklah memastikan tiada sebarang gejala dan diyakini sihat tubuh badan.

7. Petugas media perlu mempunyai Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

8.   Segala gambar boleh didapatkan daripada Penyiar Rasmi seperti Jabatan Penerangan Malaysia dan BERNAMA serta Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia.

9. Petugas media dinasihatkan agar menaiki kenderaan agensi / syarikat untuk masuk ke Kompleks Parlimen Malaysia. Semua petugas media boleh memasuki Kompleks Parlimen mulai jam 7.30 pagi.

10. Petugas media hendaklah sentiasa berada di Pusat Media, Parlimen Malaysia sepanjang masa dan tidak dibenarkan berada di ruang lobi Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Blok Utama.

11. Petugas media hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (Fasa Peralihan ke Endemik) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta peraturan yang digariskan oleh pihak Parlimen Malaysia.

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI

14 JULAI 2022


Kemaskini terakhir pada: 14 Julai 2022 | Hits: 1214

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/01/2023.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2023 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.038 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my