LIPUTAN MEDIA MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS
control 1control 2control 3


NOTA KEPADA PENGARANG


Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 14 September hingga 12 Oktober 2021, manakala bagi Dewan Negara mulai 04 Oktober hingga 26 Oktober 2021 bertempat di Kompleks Parlimen Malaysia.

 

2.         Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu, pihak agensi-agensi media berikut yang dibenarkan hadir mulai 14 September 2021 untuk membuat liputan secara fizikal ke Kompleks Parlimen Malaysia:

 

TV3

SIN CHEW DAILY

ASTRO AWANI

NANYANG SIANG PAU

BERITA HARIAN

MALAYSIA NANBAN

SINAR HARIAN

MALAYSIA KINI

THE STAR

MALAYSIA NOW

THE SUN

AFP NEWS AGENCY

 

3.          Walau bagaimanapun, pihak Parlimen Malaysia akan menyediakan pautan aplikasi zoom kepada lain-lain agensi media agar dapat berpeluang untuk membuat liputan secara maya (virtual) bagi Sidang Media (Press Conference).

 

4.         Pihak agensi perlu mengemukakan nama petugas kepada pihak Bahagian Komunikasi Korporat di pro@parlimen.gov.my pada atau sebelum 12 September 2021 (Ahad).

 

5.         Kesemua petugas media daripada agensi-agensi tersebeut WAJIB melakukan Swab-Test COVID-19 menggunakan kaedah Reverse Transcripton-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) 3 hari sebelum mesyuarat pertama dan membawa keputusan ujian tersebut pada 14 September 2021 (Selasa) untuk ditunjukkan di sekatan jalan raya oleh pihak Bahagaian keselamatan serta perlu diserahkan kepada petugas Parlimen di Pintu 7. Hanya petugas media yang lengkap dos vaksin COVID-19 dan mempunyai keputusan saringan NEGATIF sahaja dibenarkan masuk serta ke Kompleks Parlimen Malaysia .  

 

6.         Petugas media perlu mempunyai Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh  Jabatan Penerangan Malaysia. Petugas media dinasihatkan agar menaiki kenderaan agensi / syarikat untuk masuk ke Kompleks Parlimen Malaysia kerana parkir kenderaan yang terhad. Semua petugas media boleh memasuki Kompleks Parlimen mulai jam 7.30 pagi dan perlu sentiasa berada di Pusat Media, Parlimen Malaysia sepanjang liputan.

 

Bahagian Komunikasi Korporat

Parlimen Malaysia

8 September 2021


Kemaskini terakhir pada: 8 September 2021 | Hits: 776

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/05/2022.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2022 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my