20 JANUARI 2022 (KHAMIS); MESYUARAT KHAS PARLIMEN 20 JANUARI 2022
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR: 20 Januari 2022 (Khamis) -- Dewan Rakyat akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 20 Januari ini, bagi mendalami kesusahan rakyat yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 itu diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

"Pelaksanaan Mesyuarat Khas ini telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Mesyuarat Khas ini penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir," katanya.

Perdana Menteri berkata, sesi itu juga adalah platform terbaik untuk semua Ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir. -- SUMBER BERITA HARIAN

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1442&time=2


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 2087

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.089 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my