MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2023 PERINGKAT PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3

Majlis perasmian sambutan Hari Wanita 2023 peringkat Parlimen Malaysia telah disempurnakan oleh YB Dato’ Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen hari ini.

 

Dalam ucapannya YB Dato’ Johari Abdul berhasrat persidangan Dewan Rakyat dijadikan sebagai platform membahaskan isu-isu akar negara harus dijalankan secara efektif dan profesional. Oleh itu, Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Perkara 36(4) telah menggariskan bahawa ahli Parlimen harus menjadi suri teladan yang baik ketika berbahas atau 8 bertanyakan soalan dengan tidak mengeluarkan sebarang ungkapan yang bersifat seksis bagi menjaga dan menghormati kemuliaan Dewan Rakyat.

 

Beliau juga turut berharap agar kekuatan wanita dalam menghadapi cabaran hidup dapat memberikan dukungan kepada wanita-wanita lain untuk mencapai cita-cita dan impian mereka. Selain itu, dapat memastikan agar wanita dapat menyumbang kepada kekuatan akar tunjang masyarakat yang inklusif, maju dan berdaya saing supaya pertiwi ini kekal teguh dan perkasa di persada dunia.

 

YB Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut menyampaikan Perutusan Hari Wanita pada majlis ini bagi mewakili YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Pada majlis tersebut, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM) dalam ucapan aluan menyatakan penganjuran majlis pada hari ini untuk menzahirkan penghargaan Parlimen Malaysia kepada setiap Wanita yang hebat lagi unggul turut menjadi teras kepada pembangunan negara dan tunjang dalam memeta hala tuju Malaysia Madani.

 

YBhg. Datuk KPPM turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan strategik Parlimen Malaysia antaranya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan lain-lain Kementerian yang sentiasa memberi sokongan kepada Parlimen Malaysia dalam pelbagai aspek.

 

Selepas perasmian, majlis diteruskan dengan persembahan instrumen keyboard oleh Cik Nadrah Husnina Binti Hassim, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat dan bacaan deklamasi sajak oleh Encik Ruddyansjah bin Mahtar Hams daripada Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara.

 

Turut diadakan program Bicarawara dengan tajuk 'KASIH Wanita dan Legislatif' bersama moderator Tuan Ally Iskandar Mohd Mardzi dan ahli panel YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri KUSKOP, YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang dan YB Puan Syerleena Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera.

 

Pihak KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara turut menyediakan ruang pameran dari pelbagai agensi kerajaan bagi mempromosikan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Hadir bersama YBrs. Tuan Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian Pengurusan, YBrs Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat, YBrs. Tuan Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara serta Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Dr. Wan Nur Ibtisam.

 

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Julie

 

Bahagian Komunikasi

Parlimen Malaysia

10 Mac 2023


Kemaskini terakhir pada: 10 Mac 2023 | Hits: 1802

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my