MAJLIS PERJUMPAAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK BERSAMA YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA, YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT DAN AHLI-AHLI PARLIMEN
control 1control 2control 3
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Bankuet, Blok Utama, Bangunan Parlimen semalam.

Kehadiran TYT Tun Pehin Sri bersama isteri telah disambut oleh YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara. Turut berlangsung “unveil” potret rasmi TYT Tun Pehin Sri sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara Ke-19 serta penyerahan buku Koleksi Titah DiRaja yang telah diterbitkan semasa TYT Tun Pehin Sri memegang jawatan tersebut.

Yang di-Pertua Dewan Negara dalam ucapannya berkata Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara seharusnya sentiasa memberi contoh terbaik kepada rakyat dalam menjaga keharmonian perpaduan dan menjaga kesensitifan berkait dengan 3R (bangsa, agama dan institusi Diraja).

Sementara itu, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkata semua pihak di Dewan Rakyat termasuk beliau sendiri bersedia untuk menerima teguran dan pandangan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak berhubung usaha memperkukuhkan kedudukan Parlimen Malaysia sebagai badan perundangan tertinggi negara.

Turut hadir YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta warga Parlimen Malaysia.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
21 Mac 2024

Kemaskini terakhir pada: 1 April 2024 | Hits: 277

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my