Majlis Penyerahan Blok Dewan Persidangan, Projek Naik Taraf & Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia Fasa 2c (ii)
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 6 Januari 2023 (Jumaat) – Majlis Penyerahan Blok Dewan Persidangan, Projek Naik Taraf & Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia Fasa 2C (II) kepada Parlimen Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di Lobi Utama, Blok Dewan Persidangan.

Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM) dan YBrs. Tuan Ir. Rahmat bin Rashib, Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Pasukan Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen, Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pada Majlis ini, menyaksikan upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek serta penyerahan replika kunci sebagai simbolik penyerahan oleh YBrs. Tuan Ir. Rahmat bin Rashib kepada YBhg. Datuk Nor Yahati Awang serta disaksikan oleh Pegawai-Pegawai Kanan Parlimen Malaysia. Sesi lawatan tapak juga turut diadakan selepas majlis penyerahan selesai.

Hadir bersama dalam majlis ini YBrs. Tuan Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian Pengurusan, YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat, Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta Pegawa-Pegawai Kanan.

Pihak Parlimen Malaysia mengucapkan tahniah kepada pihak JKR dan kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan | Afifi | Helmi

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia

Kemaskini terakhir pada: 7 Januari 2023 | Hits: 1536

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my