MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT POLIS BANTUAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN PEGAWAI BERKUASA PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA | Bilik Taklimat, 5 September 2022 | Isnin | Jam 10.00 pagi, Liputan sorotan sekitar Majlis Pemakaian Pangkat Polis Bantuan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Berkuasa Parlimen Malaysia yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM). 

Majlis turut dihadiri Ketua-ketua Bahagian dan pegawai-pegawai kanan Parlimen Malaysia.

Pada majlis itu, seramai 18 orang anggota Polis Bantuan Parlimen Malaysia telah menerima Sijil Pemakaian Pangkat Polis Bantuan dan 30 orang Pengawal Keselamatan turut menerima sijil masing-masing.

Dalam majlis tersebut YBhg. Datuk KPPM telah berpesan supaya semua anggota sentiasa berdisiplin dan profesional semasa menjalankan tugas demi menjaga nama baik Parlimen Malaysia. Beliau juga berpesan supaya semua anggota menjaga kesihatan dan memastikan tahap keselamatan Parlimen Malaysia sentiasa terjamin sepanjang masa. -- BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA

Sila klik pada link tersebut untuk liputan penuh gambar: 
https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1542&time=3
        
 

Kemaskini terakhir pada: 19 September 2022 | Hits: 401

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/09/2022.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2022 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.057 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my