19 MEI 2022 (KHAMIS); MAJLIS PELANCARAN BUKU PANDUAN 60 YEARS ON THE GENEVA CONVENTIONS AND PROMOTING RESPECT FOR INTERNATIONAL HUMANITARIAN LAW
control 1control 2control 3



KUALA LUMPUR, 19 Mei 2022 (Khamis) -- Buku panduan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) untuk rujukan Ahli Parlimen Malaysia dalam menjalankan peranan yang berkaitan, dilancarkan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Buku bertajuk “Promoting Respect for International Humanitarian Law: A Handbook for Malaysian Parliamentarians” yang dihasilkan bersama ICRC dan MRCS itu antara lain menghuraikan peranan penting Ahli Parlimen dan huraian terperinci mengenai IHL.

Ketua Delegasi Serantau ICRC Kuala Lumpur, Biljana Milosevic berkata buku itu dihasilkan sebagai alat untuk membantu memahami IHL dan peranan penting Ahli Parlimen.

“Saya harap buku ini dapat membantu tugas Yang Berhormat dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam satu kenyataan yang disediakan kepada Bernama.

Pelancaran buku panduan itu anjuran bersama ICRC dan MRCS dengan sokongan Kementerian Luar, Parlimen Malaysia dan Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM).

Antara yang hadir Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tunku Puteri Intan Safinaz dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Turut diadakan perbincangan meja bulat sempena ulang tahun ke-60 penyertaan Malaysia ke Konvensyen Geneva.

Perbincangan itu antara lain menyentuh mengenai komitmen dan sumbangan Malaysia dalam usaha kemanusiaan yang dilaksanakan di dalam dan luar negara sejak 1962. --- SUMBER BERNAMA
 

SILA KLIK LINK TERSEBUT UNTUK KOLEKSI GAMBAR  https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1489&time=2


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 1698

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.176 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my