PARLIMEN MALAYSIA, 17 Februari 2022 (KHAMIS) - Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi Dan Pendidikan (SKOP), Majlis Mesyuarat Dewan Negara Bil. 1 Tahun 2022 telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama bagi tahun 2022 serta bersekali dengan lawatan kerja di Bintulu, Sarawak pada 16 dan 17 Februari 2022.
Ia bertujuan untuk meneliti isu keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kesukaran capaian internet di sekolah serta mengenal pasti punca berlakunya kelewatandalam menyelesaikan masalah sekolah daif dan masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat.
Pada hari Khamis, 17 Februari 2022, Jawatankuasa telah mengadakan tinjauan ke kawasan sekolah-sekolah pedalaman sekitar Sekolah Kebangsaan Kuala Binyu, Sebauh dan Sekolah Kebangsaan Kuala Sigu, Sebauh.
Satu Kenyataan Media telah dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa SKOP berhubung prosiding dan Lawatan Kerja ini bertarikh 17 Februari 2022. – BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1446&time=1
Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 1403