1 APRIL 2022 (JUMAAT); MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PARLIMEN MALAYSIA 2021 & PERHIMPUNAN DWI BULANAN 2022
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 1 April 2022 (Jumaat) – YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara bersama-sama Timbalan beliau, YB Senator Dato' Sri Dr. Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad telah menghadiri dan menyampaikan anugerah di Majlis Apreasiasi Kecemerlangan Parlimen Malaysia yang bertempat di Dewan Bankuet Parlimen, pada hari ini.

Seramai 51 orang penerima anugerah yang terdiri daripada 26 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 18 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji, 2 orang penerima Anugerah Khidmat Setia serta 5 orang kakitangan Parlimen yang akan bersara telah diraikan pada majlis yang gilang gemilang ini.

Yang di-Pertua Dewan Negara melalui ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Parlimen Malaysia khususnya kepada mereka yang diraikan pada hari ini. YB Tan Sri turut menekankan perlunya ada semangat khidmat bakti dan bekerja keras dalam diri setiap warga kerja agar pretasi dan kecemerlangan kerja berterusan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada warga Parlimen Malaysia untuk terus produktif dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti, telus dan berintegriti.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada kakitangan yang akan bersara wajib pada tahun ini. "Selamat Bersara" serta setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan khidmat bakti tuan/puan selama ini. Segala sumbangan dan usaha yang telah diberikan pastinya tidak akan terhenti malah akan terus berkekalan. – BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA

 


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 1834

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my