MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN 2022 & PERHIMPUNAN DWIBULANAN PARLIMEN MALAYSIA 2023
control 1control 2control 3
Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2022 & Perhimpunan Dwibulanan Parlimen Malaysia 2023 telah diadakan pada 16 Mei 2023 bertempat di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM). Kemudiannya, YBhg. Datuk KPPM telah menyampaikan kit Parlimen Malaysia kepada Pegawai baharu yang bertugas di Parlimen Malaysia.

Seterusnya, ucapan oleh YB Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta dikuti dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penerima Penghargaan Prestasi Cemerlang Tahun 2022, Anugerah Perkhidmatan Terpuji 2022 seramai 30 orang serta Anugerah Kecemerlangan MySTEP 2022 melibatkan seramai 3 orang.

Pada tahun ini, Parlimen Malaysia telah menganugerahkan kepada seramai 63 orang warga Parlimen iaitu 21 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta 12 orang kakitangan pelaksana yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan terpuji.

Manakala sebanyak 73.2% daripada keseluruhan pegawai Parlimen Malaysia telah memperolehi markah prestasi melebihi 85%. Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara kepada seramai 26 orang. Seterusnya, Anugerah Khidmat Setia seramai 2 orang.

Majlis ini turut meraikan 2 orang Pegawai Parlimen Malaysia yang bakal atau telah bersara sebagai tanda penghargaan atas sumbangan sepanjang menjalankan amanah sebagai penjawat awam.

Sekalung tahniah dan syabas kepada mereka yang diraikan. Pengiktirafan sebegini diharapkan dapat menyuntik inspirasi agar lebih berdaya saing dan terus istiqamah mempertingkatkan kemahiran diri untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada Parlimen Malaysia.

Hadir bersama meraikan majlis ini ialah YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama Setiausaha-Setiausaha Bahagian.

Parlimen Malaysia
16 Mei 2023
 

Kemaskini terakhir pada: 24 Mei 2023 | Hits: 1137

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my