MAJLIS ANGKAT SUMPAH TIGA AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Dua bekas Menteri dan seorang bekas timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara hari ini.

Mereka ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan pengerusi sementara Senator Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara.

Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan Dewan Undangan Negeri Perak pada 25 Mei lepas.

Ketika pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, Wan Junaidi berkhidmat dalam portfolio undang-undang bermula 2021 hingga 2022.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada 2008 hingga 2013.

Mujahid yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak pula adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dari 2018 hingga 2020 manakala Nur Jazlan pula pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2015 hingga 2018.

Dewan Negara bersidang selama enam hari bermula hari ini.

Sumber https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2199346

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
19 Jun 2023

Kemaskini terakhir pada: 20 Jun 2023 | Hits: 2182

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my