MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA 23 NOVEMBER 2021
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR: 23 November 2021 (Selasa) -- Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Pengarah TalentCorp Malaysia Datuk Nelson Renganathan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini hari ini.

Mereka berdua adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa hari ini hingga 22 Nov 2024.

Dominic, 54, berkelulusan peringkat doktor falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) manakala Nelson, 59, mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Hull, United Kingdom dan pernah menjawat Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

Pada sidang media selepas majlis itu, Dominic berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenan pelantikan beliau dan berjanji akan membela hak rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum.

Nelson pula menzahirkan ucapan terima kasih kepada MIC kerana mencalonkan dirinya bagi jawatan senator dan berharap dapat menyumbang dalam bidang pendidikan swasta serta memperjuangkan isu warga emas.

Terdahulu, Rais ketika berucap pada majlis itu berharap kedua-dua senator berkenaan dapat mengalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin kerana Dewan Negara sedang melalui fasa transformasi yang memerlukan penglibatan dan penyertaan aktif ahlinya secara menyeluruh supaya peranan Dewan Negara dalam memperjuangkan suara rakyat menjadi tersohor serta dihormati.

Beliau juga memaklumkan Dewan Negara sudah mempunyai tiga Jawatankuasa Pilihan Khas yang mempunyai kuasa perundangan iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah; Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan.

"Ketiga-tiga jawatankuasa ini merupakan sekutu kepada agenda transformasi Parlimen, yang insya-Allah saya yakin dapat direalisasikan pembaharuan ini seawal tahun depan dengan komitmen sudah pun diberikan pihak Eksekutif," katanya. – SUMBER BERNAMA

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1410&time=2

 

 


Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 1793

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my