MAJLIS AMANAT YBHG. DATUK KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA BERSAMA WARGA PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
MAJLIS AMANAT YBHG. DATUK KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA BERSAMA WARGA PARLIMEN MALAYSIA

YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia menyampaikan ucapan semasa Majlis Amanat YBhg. Datuk Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Bersama Warga Parlimen Malaysia yang telah berlangsung di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Antara intipati amanat, YBhg. KPPM menzahirkan penghargaan kepada warga Parlimen atas kejayaan cemerlang, sentiasa mengamalkan semangat kerja berpasukan, berintergriti dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan serta berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi.

Dalam majlis ini juga, YBhg. Datuk KPPM turut merasmikan Pelancaran Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan peringkat Parlimen Malaysia dengan bertemakan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Pelbagai program menarik telah diadakan antaranya Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa (Perujuk Bahasa) Parlimen Malaysia,  Kuiz Cakna Minda dan Peraduan Teka Silang Kata.

Para hadirin juga menyaksikan persembahan deklamasi sajak oleh Encik Lokman Hakimi bin Rosli (Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan) dengan tajuk “Bahasa Jiwa Bangsa” dan Puan Nuraishah binti Abdullah (Bahagian Pengurusan) dengan tajuk “Pertama dan Terakhir.

Majlis pada hari ini dihadiri oleh YBrs. Tuan Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian (Pengurusan), YBrs. Tuan Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara dan YBrs. Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Afify

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
27 Oktober 2023

Kemaskini terakhir pada: 31 Oktober 2023 | Hits: 1701

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my