Luncheon Talk Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Bersama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini telah meluangkan masa menghadiri sesi luncheon talk bersama peserta-peserta Malaysia Future Leaders School bertempat di Bilik Taklimat Parlimen Malaysia.
Seramai 150 peserta MFLS dari seluruh negara ini berpeluang beramah mesra dan bertanyakan pelbagai soalan kepada YB Dato'. Terlebih dahulu para peserta telah diberi penerangan pada sesi lawatan berpandu ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh Pegawai di Bahagian Komunikasi dan Pegawai Penyelidik Parlimen.
Hadir bersama ke program ini ialah YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan YBrs.Dr. Haji Hanafi bin Haji Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) i-Lead.
MFLS Tier 3 adalah inisiatif untuk membentuk anak muda melakukan kemajuan inovasi serta menjadi pemangkin perubahan negara di masa hadapan.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan
Parlimen Malaysia
10 Mei 2023
Kemaskini terakhir pada: 24 Mei 2023 | Hits: 847