PARLIMEN MALAYSIA, 1 September 2022 (Khamis) - Kunjungan Hormat ke atas YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang Di-Pertua Dewan Negara oleh YBhg. Dato’ Dr. Ghazali Dato’ Yusof, Pengerusi Majlis Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) bersama delegasi terdiri daripada Ahli Majlis ADAB iaitu YBhg. Dato' Yahya Baba, YBrs. Tuan Haji Zainoor Sulaiman dan YBrs. Encik Mohd Arof Ishak di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Bangunan Parlimen.
Untuk makluman, penubuhan ADAB bertujuan mengasuh anjakan minda Rumpun Bangsa Melayu bagi menghadapi segala tekanan dan cabaran semasa, berlandaskan kepada keluhuran Peradaban Melayu sebagai penggerak Semangat Kebangsaan Melayu.
Sumber @https://www.lembagaperadabanmelayu.org/
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia