KUALA LUMPUR : 14 DISEMBER (Selasa) -- YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah meluangkan masa melawat ruang Pameran Koleksi Manuskrip dan Nadir di ruang legar Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran pada 14 Disember 2021. Lawatan ini diiringi oleh YBrs. Puan Ketua Pentadbir dan juga disertai oleh Setiausaha-setiausaha Bahagian.
YB Tan Sri juga berpeluang melawat ruang Pameran Citra Perundangan Parlimen dan seterusnya ke Perpustakaan Parlimen Malaysia. BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2254