PARLIMEN MALAYSIA, 12 Januari 2023 – YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan Dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari ini telah mengadakan lawatan tapak projek pembangunan di Parlimen Malaysia.
Taklimat dan penerangan projek pembangunan telah disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan dan Landskap, Parlimen Malaysia bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bertempat di Blok Dewan Persidangan.
YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Tuan Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian (Bahagian Pengurusan) dan YBrs. Ir. Mohd Nazwan bin Naiman, Jurutera Awam Kanan, Parlimen Malaysia turut hadir pada sesi lawatan ini. BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1566&time=6
Kemaskini terakhir pada: 16 Januari 2023 | Hits: 439