KUNJUNGAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA BERSAMA DELEGASI KE KEDIAMAN RASMI PESURUHJAYA TINGGI UNITED KINGDOM KE AUSTRALIA
control 1control 2control 3

KUNJUNGAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA BERSAMA DELEGASI KE KEDIAMAN RASMI PESURUHJAYA TINGGI UNITED KINGDOM KE AUSTRALIA

Delegasi Parlimen Malaysia ke Australia yang diketuai oleh YB Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara turut diraikan oleh PYT Vicki Treadell, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Australia dalam satu majlis makan malam di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Australia di Canberra pada 19 Oktober 2023 yang lalu.

Delegasi Parlimen Malaysia telah berada di Canberra bagi melakukan lawatan kerja ke Australian Parliament pada 18 sehingga 20 Oktober 2023. PYT Vicki Treadell merupakan mantan Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia dari 2014 sehingga 2019 dan telah menjalin hubungan yang akrab dengan pelbagai tokoh dan pemimpin dari Malaysia, termasuk YB Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed semenjak beliau menjadi Ahli Parlimen Pulai dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2015 sehingga 2018.

 

Sumber Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara

 

Parlimen Malaysia

27 Oktober 2023


Kemaskini terakhir pada: 31 Oktober 2023 | Hits: 1435

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.065 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my