KOLOKIUM TIMBANG TARA ANTARABANGSA 2023: KEDAULATAN DAN KEKEBALAN NEGARA DALAM TIMBANG TARA KOMERSIAL
control 1control 2control 3

YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara telah menyampaikan ucapan sempena Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023: Kedaulatan Dan Kekebalan Negara Dalam Timbang Tara Komersial, Edisi Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 4 Julai 2023 (Selasa).

 

Kolokium edisi Sabah ini membuktikan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan serta tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan serta kedaulatan Malaysia pada setiap masa.

 

Sesi Kolokium telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor, Ketua Menteri Sabah dan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) turut telah menyampaikan ucapan pembukaan.

 

Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Sumber Kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri bertarikh  3 Julai 2023: Media Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023: Kedaulatan Dan Kekebalan Negara Dalam Timbang Tara Komersial,

https://www.bheuu.gov.my/index.php/en/media/press-statement/2839-kolokium

 

 

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Afifi

 

Parlimen Malaysia

7 Julai 2023


Kemaskini terakhir pada: 7 Julai 2023 | Hits: 1865

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my