Kenyataan Media Yang di-Pertua Dewan Rakyat
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

KENYATAAN MEDIA

OLEH

YANG Dl-PERTUA DEWAN RAKYAT

Menjunjung titah Ke Bawah DYMM YDPA pada hari ini, saya telahpun mengutuskan surat kepada Ketua-ketua Parti dan Setiausaha-setiausaha Agung parti-parti politik yang memenangi jumlah kerusi yang substansial pada PRU15 untuk mengemukakan nama parti-parti dan ahli-ahli Parlimen bebas (sekiranya ada) yang bersetuju untuk menganggotai gabungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan melalui surat akuan berkanun oleh Ketua Parti.


Mereka juga diminta menamakan seorang daripada ahli Dewan Rakyat dalam gabungan mereka yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 melalui surat akuan berkanun dari setiap ahli Dewan Rakyat yang menganggotai gabungan tersebut yang dinyatakan dengan terang dan jelas. Dokumen-dokumen yang tersebut diatas perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya pada hari Isnin, 21 November 2022 sebelum jam 2 petang.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI AZHAR AZIZAN HARUN

 


Kemaskini terakhir pada: 21 November 2022 | Hits: 587

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/01/2023.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2023 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my