Kenyataan Media Senator Yb Tuan Aknan a/l Ehtook
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

KENYATAAN MEDIA

OLEH

YB.  TUAN SENATOR AKNAN A/L EHTOOK
PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN KHAS SOSIOBUDAYA, KOMUNIKASI DAN PENDIDIKAN (SKOP)
27 JANUARI 2022

 

1. Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan (JKPK SKOP), Majlis Mesyuarat Dewan Negara telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama bagi tahun 2022 serta bersekali dengan lawatan kerja di Bintulu, Sarawak pada 16 dan 17 Februari 2022.

 

2. Mesyuarat dan prosiding JKPK SKOP telah diadakan pada hari Rabu, 16 Februari 2022 di Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu. Ia bertujuan untuk meneliti isu keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kesukaran capaian internet di sekolah serta mengenal pasti punca berlakunya kelewatan dalam menyelesaikan masalah sekolah daif dan masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat.
 
3. Bagi tujuan ini, Jawatankuasa telah menjemput persatuan-persatuan guru, ibu bapa dan komuniti untuk mendengar isu-isu dan perkara berbangkit. Pihak yang dijemput adalah seperti berikut:
  1. Kesatuan Guru Sarawak (STU);
  2. Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGGB); dan (iii) Pelibatan, Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS).

 

4. Selain itu, beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dan wakil ibu bapa di daerah Bintulu dan sekitarnya turut. Pihak PIBG dan wakil ibu bapa yang dijemput adalah seperti berikut:
  1. PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong;
  2. PIBG Sekolah Kebangsaan Asyakirin;
  3. PIBG Sekolah Kebangsaan Kidurong;
  4. PIBG Sekolah Kebangsaan Kem Batu 18;
  5. PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Selad;
  6. Wakil ibu bapa dari DUN Kemena (SK Sungai Sebatu, SK Tegageng, dan SK Goyang);
  7. Wakil ibu bapa dari DUN Semelaju (SK Sungai Selad, SK Sg. Setian, SK Sg. Setulan, SK Kuala Serupai); dan
  8. Wakil ibu bapa dari DUN Jepak (SK Kuala Singu, SK Kuala Bingu, SK Bukit Mawang).

 

5. Pada hari Khamis, 17 Februari 2022, Jawatankuasa telah mengadakan tinjauan ke kawasan sekolah-sekolah pedalaman sekitar Sekolah Kebangsaan Kuala Binyu, Sebauh dan Sekolah Kebangsaan Kuala Sigu, Sebauh. Maklumat lanjut mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan, Majlis Mesyuarat Dewan Negara boleh diakses melalui portal Parlimen di www.parlimen.gov.my
   
 Maklumat tambahan mengenai JKPK SKOP

 

6. Keanggotaan JKPK SKOP:
  1. YB Senator Tuan Aknan a/l Ehtook (Pengerusi);
  2. YB Senator Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff (Timbalan Pengerusi);
  3. YB Senator Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian;
  4. YB Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol;
  5. YB Senator Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya; dan

 

7. Pegawai-pegawai Kementerian/Jabatan Kerajaan yang dijemput sebagai wakil tetap (ex-officio) Jawatankuasa ini:
  1. Kementerian Pendidikan Malaysia;
  2. Kementerian Komunikasi dan Multimedia;
  3. Kementerian Pengajian Tinggi;
  4. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya;
  5. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; (vi) Kementerian Belia dan Sukan; dan (vii) Jabatan Peguam Negara.

 

8. Jawatankuasa SKOP akan membentangkan penyata Jawatankuasa yang pertama kepada Majlis Mesyuarat Dewan Negara pada persidangan akan datang atau selewat-lewatnya pada Mesyuarat Kedua pada bulan Ogos 2022.
 

 

SENATOR TUAN AKNAN A/L EHTOOK

Pengerusi

Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Majlis Mesyuarat Dewan Negara


Kemaskini terakhir pada: 23 Februari 2022 | Hits: 956

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/01/2023.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2023 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my