Kenyataan Media Prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Bagi Siasatan Terhadap Isu Overstay Pelancong Asing Di Malaysia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 
 

   
     KENYATAAN MEDIA

 

PROSIDING JAWATANKUASA PILIHAN KHAS KESELAMATAN BAGI SIASATAN TERHADAP ISU OVERSTAY PELANCONG ASING DI MALAYSIA

 

Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan pada Rabu, 27 Mac 2024 telah mengadakan satu prosiding dan dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa iaitu :-

 

  1. Yang Berhormat Datuk Jonathan bin Yasin (Pengerusi) Ahli Parlimen Ranau [GRS]
  2. Yang Berhormat Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali Ahli Parlimen Pekan [BN]
  3. Yang Berhormat Dato Anyi Ngau Ahli Parlimen Baram [GPS]
  4. Yang Berhormat Tuan Lim Lip Eng Ahli Parlimen Kepong [PH]
  5. Yang Berhormat Tuan Pang Hok Liong Ahli Parlimen Labis [PH]
  6. Yang Berhormat Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh Ahli Parlimen Ledang [PH]
  7. Yang Berhormat Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz Ahli Parlimen Tanah Merah [PN]
  8. Yang Berhormat Dato' Khlir bin Mohd Nor Ahli Parlimen Ketereh [PN]
 

Jawatankuasa berpandangan isu overstay pelancong asing di negara ini tidak boleh diabaikan. Kehadiran mereka yang tidak dapat dikesan ataupun dipantau menimbulkan persoalan tentang kegiatan mereka dan berkemungkinan boleh mengganggu gugat keamanan dan keharmonian masyarakat negara ini.

 

Wakil tetap (ex-officio) daripada kementerian berikut turut hadir:

    1. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
    2. Majlis Keselamatan Negara (MKN)
    3. Kementerian Pertahanan

Jawatankuasa ini telah memanggil wakil daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memberikan penerangan tentang faktor-faktor yang menyebabkan jumlah kenaikan pelancong asing yang tinggal melebihi tempoh masa yang ditetapkan (overstay) semakin meningkat dan langkah-langkah menangani isu tersebut.

Jawatankuasa ini juga turut memanggil wakil daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk memberi taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar yang menjurus kepada isu pelancong tinggal melebihi had masa yang ditetapkan.

Selain menangani kebimbangan berkaitan isu tersebut, sesi prosiding ini juga telah membuka peluang kepada Jawatankuasa untuk menyemak prosedur yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di pintu-pintu masuk negara dan juga MOTAC bagi mengawal kegiatan dan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar yang telah berjaya membawa masuk pelancong ke Malaysia, dan turut menyumbang kepada jumlah pelancong overstay di negara ini. Jawatankuasa komited untuk memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang (check and balance) kepada badan eksekutif.


Kemaskini terakhir pada: 1 April 2024 | Hits: 370

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.039 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my