Kenyataan Bersama Oleh Yang Di-Pertua Dewan Negara Dan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Mengenai Transformasi Parlimen Malaysia
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN BERSAMA OLEH YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA DAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT MENGENAI TRANSFORMASI PARLIMEN MALAYSIA
 

KUALA LUMPUR, 8 JUN 2022 (Rabu): Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Transformasi Parlimen hari ini susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Jun lalu.

Semasa Mesyuarat Jemaah Menteri tersebut, Kerajaan telah bersetuju pada dasarnya cadangan dan perakuan Jawatankuasa Transformasi Parlimen supaya Parlimen Malaysia berfungsi mengikut dasar pengasingan kuasa seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan serta cadangan untuk mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang kendiri dan Pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Turut hadir Mesyuarat Transformasi Parlimen ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Dimaklumkan dalam mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Transformasi Parlimen telah mengemaskini Rang Undang-Undang Suruhanjaya Parlimen yang baharu dan Pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952  dan telah dimajukan kepada Perdana Menteri.

Justeru, mesyuarat hari ini bersetuju memberi mandat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) untuk mengadakan sesi libat urus bersama pihak-pihak yang berkepentingan mengenai semua urusan penyediaan yang melibatkan Akta Suruhanjaya Parlimen, Pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan Kod Etika Ahli Parlimen. Semua ini harus diselesaikan sebelum sesi Parlimen akan datang. Parlimen Malaysia akan menjadikan perkara ini sebagai keutamaan dan sentiasa menyokong  serta bekerjasama bagi menjayakan agenda ini.

 

Bahagian Komunikasi (BKom)
Parlimen Malaysia


Kemaskini terakhir pada: 8 Jun 2022 | Hits: 1757

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.041 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my