KENDURI MENU RAHMAH DI PARLIMEN
control 1control 2control 3
KUALA LUMPUR, 20 MAC 2023, ISNIN – Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bersama-sama YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup telah menghadiri Kenduri Menu RAHMAH di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia.

Menu RAHMAH adalah inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah. Menu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela.

Sebanyak 14 pemain industri termasuk persatuan-persatuan penyedia makanan yang menawarkan Menu RAHMAH telah berjaya dikumpulkan di dalam majlis kenduri tersebut. Antara industri dan persatuan yang menyertai majlis kenduri ini adalah Mydin, AEON Big, Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim, Pertubuhan Sahabat Tom Yam Prihatin Se-Malaysia, PLUS Berhad, Marry Brown Sdn Bhd, Old Town White Coffee, McDonald’s Malaysia, Burger King, A & W Malaysia, Texas Chicken Malaysia, Bubblebee, Mios Kitchen dan Temerloh Catering Sdn. Bhd.

Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri Menu RAHMAH pada hari ini. KPDN mengucapkan terima kasih kepada semua penyedia makanan kerana menyertai majlis kenduri ini dan menyediakan makanan Menu RAHMAH kepada jemputan secara PERCUMA. Ini menunjukkan sinergi yang positif antara pengusaha makanan dan kerajaan dan manifestasinya adalah kejayaan penganjuran Kenduri MENU RAHMAH pada hari ini.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang Di-Pertua Dewan Negara dan YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Sumber @kpdnhep 

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Afify

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
20 Mac 2023

Kemaskini terakhir pada: 24 Mac 2023 | Hits: 1974

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my