KEMPEN DERMA DARAH PARLIMEN MALAYSIA 2023
control 1control 2control 3
Penganjuran Kempen Derma Darah merupakan salah satu program yang menjadi kelaziman di Parlimen Malaysia. 

Biro Rekreasi Kelab Sukan Dan Kebajikan Parlimen (KESPA) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah menganjurkan Kempen Derma Darah pada 17 Oktober 2023 mulai jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang di lobi Blok Ahli Parlimen & Pentadbiran, Kompleks Parlimen.

Dengan sasaran sebanyak 100 beg darah ianya dapat dikumpul dengan semangat dan kerjasama para penderma darah yang terdiri daripada warga Parlimen Malaysia, Pegawai Kerajaan (Kementerian) yang bertugas semasa persidangan Dewan Rakyat serta Ahli Parlimen.

Pelaksanaan program murni ini sebagai salah satu usaha untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya PDN dalam memastikan bekalan stok darah sentiasa berada di paras selamat.

Sambutan yang memberangsangkan ini menunjukan sikap prihatin bagi membantu menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

Tahniah dan syabas kepada semua hero yang tampil menderma darah!

@pusatdarahnegara 

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Arjunna Putra

Parlimen Malaysia
17 Oktober 2023

Kemaskini terakhir pada: 20 Oktober 2023 | Hits: 2224

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my