JAMUAN AKHIR TAHUN KESPA 2022 & MAJLIS PERPISAHAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3


Kuala Lumpur: 15 Disember 2022 (Khamis) --- Majlis Sekalung Budi Sejuta Memori – YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Ke-14 (13 Julai 2020 – 18 Disember 2022)

Sekalung penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih kepada YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, atas segala jasa bakti dan sumbangan YB Tan Sri sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-10.YB Tan Sri dilantik menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada 13 Julai 2020.

Pelbagai pelaksanaan menuju transformasi Parlimen telah dilakukan antaranya memperuntukkan masa yang sama dan adil kepada Ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Selain itu, permerkasaan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) sentiasa ditambah baik demi meningkatkan fungsi Dewan Rakyat dan Dewan Negara. JKPK berperanan amat penting dalam proses semak dan imbang pentadbiran negara.

Penubuhan JKPK di Dewan Rakyat bermula dengan enam jawatankuasa pada 2018 dan kini ditambah menjadi 11, katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2022 yang berlangsung di Langkawi pada 11 September 2022 lalu.

YB Tan Sri turut berkongsi pandangan untuk membudayakan penggunaan Jawatankuasa Pilihan Khas sebagai instrument penting yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang. Dimana Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk memanggil menteri, penjawat awam atau mana-mana pihak bagi sesuatu isu sebagai proses penambahbaikan ke arah transformasi Parlimen Malaysia.

Majlis Sekalung Budi Sejuta Memori ini didedikasikan kepada YB Tan Sri yang akan menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 18 Disember 2022 ini. Majlis yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia (KESPA) ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM), Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta warga Parlimen Malaysia. -- BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 16 Disember 2022 | Hits: 1938

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/05/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my