Forum Building Bridges: “Strengthening Bilateral Relations Between The League Of Parliamentarians For Al-Quds (Lp4q) And Parliament Of Malaysia” telah berlangsung pada 7 Jun 2023 di Bilik Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Sesi forum perbincangan ‘Building Bridges’ merupakan anjuran bersama oleh Kaukus Palestin Parlimen Malaysia dan League of Parliamentarians for Al-Quds.
Forum telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Syed Ibrahim bin Syed Noh, Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ledang. Seterusnya, YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat turut telah menyampaikan ucaptama dalam forum ini.
Forum ini boleh ditonton menerusi Youtube Rasmi Parlimen Malaysia atau layari pautan https://www.youtube.com/live/P9kWvb4kTGk?feature=share
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Afify
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
8 Jun 2023