23 MAC 2022 (RABU); COMMONWEALTH DAY 2022
control 1control 2control 3

 

PARLIMEN MALAYSIA, 23 Mac 2022 (Rabu) – Sambutan Hari Komanwel 2022 anjuran Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA) bersama Parlimen Malaysia telah berlangsung di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia pada hari ini. Bertemakan ”Delivering a Common Future - Connecting, Innovating and Transforming".

Malaysia yakin serta komited untuk bekerjasama dengan negara anggota Komanvel ke arah mencapai keamanan sejagat dan kemakmuran bersama terutamanya bagi menangani perubahan iklim, mengukuhkan tadbir urus dan meningkatkan perdagangan pelbagai hala.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin selaku Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA).

Majlis ini telah dirasmikan oleh kedua- dua Yang di-Pertua, YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan mewarnakan corak batik sebagai simbolik perasmian.

Turut hadir Yang Berhormat Senator Dewan Negara serta Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat. – BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA

 

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1458&time=1


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 1710

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.045 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my