8 MAC 2022 (SELASA); BUAL BICARA BERSAMA YB DENGAN TEMA 'SAKSAMA BERSAMA' SEMPENA HARI WANITA 2022
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 8 Mac 2022 (Selasa) - YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah merasmikan Sambutan Hari Wanita Sedunia 2022, Peringkat Parlimen Malaysia anjuran Parlimen Malaysia yang bertempat di Dewan Bankuet pada hari ini.

Turut hadir juga ialah YB Dato’ Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysa, YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GACC), ahli-ahli yang berhormat dewan rakyat dan kakitangan wanita Parlimen.

YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat turut berkesempatan menyampaikan ucapan aluan sempena program Bual Bicara Bersama Yang Berhormat (YB) anjuran Parlimen Malaysia.

Ahli panel program bual bicara ini terdiri daripada YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Parlimen dan Undang-undang), YB Puan Kasthuriraani A/P Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan, dan YBrs. Dr. Sabariah Baharun, Setiausaha Agung Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia serta moderator bagi program ini adalah YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Ahli Dewan Negara.

Program bual bicara ini merupakan salah satu inisiatif Parlimen Malaysia untuk menyambut Hari Wanita sebagai pengiktirafan sumbangan dan jasa wanita dalam mendukung dasar Kerajaan untuk terus menjadi negara maju.

Ini bertepatan dengan tema “Saksama Bersama” yang memberi peluang yang sama antara wanita dan lelaki. Selain itu, slogan Hashtag BreakTheBias yang juga digunakan selari dengan tema pada kali ini. – BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 1763

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my